SEBELUM episod kemenangan dan diangkat sebagai hero pada malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL 23) hujung minggu lalu, Meet Uncle Hussain menyimpan seribu satu cerita pedih untuk mencapai puncak tertinggi itu.

Band yang pada awal kelahiran mereka digawangi oleh Alan, Taja, Kudux, Afat dan Jipie sebagai pemain undangan ini hidup melarat. Itu realitinya.

Malah sehingga malam sebelum Lagu Untukmu dijulang sebagai terbaik, band yang kini tinggal dianggotai tiga orang iaitu Taja, Alan dan Afat serta Bakri selaku pemain drum undangan juga berhutang sebanyak RM5,050 demi memastikan persembahan yang diberi mampu memberi pulangan.

Jika tidak, mereka harus mencari jalan untuk melunaskan hutang yang dibuat. “Nasib baik menang. Alhamdulillah, ini rezeki kami selepas sekian lama tidak pernah muncul di mana-mana persembahan,” ujar Taja bersyukur.

Petang usai fotografi, bicara kami banyak memperkatakan sisi hitam. Siapa menyangka, gah pada populariti tidak bermakna mereka hidup selesa. Ini lumrah kehidupan anak band tempatan. Populariti yang dikecapi tidak selari dengan pengiktirafan karya yang diberi khalayak.

Afat yang lebih banyak berdiam tanpa segan memaklumkan: “Masa nak bertanding malam itu, kami tak ada duit.

“Dah lama tak ada show. Baju malam itu pun kami cari di kedai bundle. Malam itu kami hanya bergantung kepada kekuatan Lagu Untukmu untuk menang.”

Itulah yang dinamakan tuah. Itu juga bayaran kepada kesetiaan mereka menanti hasil daripada karya yang dipercayai sebagai bermutu. Maka penantian tersebut tidak sia-sia.

Malaysia mengiktiraf karya hebat mereka. Malah diangkat pula sebagai penyumbang ‘arus elektrik’ muzik generasi baru tempatan paling baik.

Daripada pernah dibayar hanya sebanyak 30 sen untuk sebuah persembahan, hari ini mereka yang juga sinonim dengan gelaran MUH menggenggam wang tunai bernilai RM37,000 hasil kredibiliti sebagai anak seni.

Mereka senyum. Senyum yang bercampur bangga dan kepahitan yang cukup kelat ditelan. Apatah lagi bila mengenangkan kemenangan ini tidak membawa makna sekiranya masalah dalaman yang sedang menghantui mereka tidak mampu diselesaikan.

Tetapi tidak seorang pun anak-anak band ini membuka mulut tentang dilema yang mereka hadapi saat ini. Sempat pula Afat kemudian mengusik: “Mungkin kalau temu bual kami pada bulan mendatang, baru tahu kenapa.”

Namun MUH optimis. Hidup mesti diteruskan. Muzik generasi baru harus disemarakkan. Mereka tidak boleh mengaku kalah. Menyerah begitu sahaja bukan prinsip mereka. Alang-alang sudah lali melalui liku yang sukar, mereka perlu bebas terbang tinggi.

Jika tidak masakan sehingga kini, tanpa duit dan kepastian tentang penerimaan kehadiran mereka dalam pasaran arus perdana, MUH tetap bertahan.

“Semua kami dah lalui. Dibayar 30 sen bukan satu penghinaan, tapi pengalaman,” kata Alan ringkas.

Tambah Taja pula: “Kami pun tak mahu salahkan mereka hanya kerana dibayar 30 sen. Tanpa bayaran 30 sen itu, kami tak akan mampu memperdengarkan karya yang kami ada.

“Sementelah, kami faham komuniti gig, berapa sen sangat mereka dapat kalau nak bayar kami mahal-mahal. Jadi kena kompromi dan bersabar. Ada banyak hikmah.”

Dan hikmah itu diperoleh melalui pentas paling berprestij muzik tempatan iaitu AJL. Duit RM37,000 sewaktu diperdebatkan, kata MUH berseloroh, harus diguna untuk membayar hutang dahulu.

Kemudian mereka pasti memasang mimpi untuk memiliki album perdana. Kerana ironinya, Lagu Untukmu yang menjulang mereka sebagai juara itu dihasilkan empat tahun lalu dan hanya dimuatkan dalam E.P mereka pada tahun 2006.

“Tuah lagu itu. Tempoh empat tahun ini barangkali bukti kekuatan Lagu Untukmu. Memang kami punya keinginan untuk menggarap album studio pertama. Hanya tunggu masa,” kata Alan serius.

Menerobos angin

Menyelak kehidupan lalu, mereka akui bermain muzik sekadar satu hobi. Taja, misalnya, sebelum bergelar komposer dan pemain gitar, dia merupakan bekas inspektor polis.

Alan, si vokalis yang disifatkan Taja sebagai mempunyai vokal seribu dalam satu ini pula pernah menjual air mineral dan menjadi ketua tukang masak.

Biarpun pernah berasa patah hati saat E.P telah disiapkan tetapi tidak diberi peluang syarikat rakaman untuk memasarkannya pada tahun 2006 lalu, mereka masih bertahan. Semuanya hanya kerana berpegang kepada sebuah keyakinan.

“Sebab kami yakin dengan apa yang kami lakukan, maka kami harungi semua halangan. Kami yakin pada karya kami, hanya menanti masa bila mentaliti khalayak umum akan menerima kami,” ulas Taja.

Bakri yang duduk di sebelah Taja kemudian menambah setiap anak band, memang bermula dengan sebuah mimpi kosong sebelum dibalut cita-cita yang baik apabila sedar bahawa muzik yang dihasilkan bermutu.

Malah, katanya, jika penerimaan umum ini dibuka kepada band-band sealiran mereka yang lain seperti Republic of Brickfields atau Koffin Kanser, misalnya, mereka juga pasti mahu berada pada posisi MUH sekarang.

“Namun mungkin kerana tidak punya peluang dan muzik yang dimainkan tidak mempunyai nilai komersial yang mampu diterima meluas, jadi komuniti peminat mereka terhad.”

11:15 PM

WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die

We will not go down
In the night, without a fight

We will not go down
In Gaza tonight



Kalau nak boikot Macdonald’s; yang susahnya pekerja Macdonald yang majoritinya orang Melayu….taukehnya pun orang Melayu….kalau coca-cola ia dibotolkan di Malaysia oleh F&N.Syarikat tempatan..apa hal dengan pekerja.Semua produk yahudi ini telah di ali babakan..payah!.Yahudi laknat ini cerdik!.Ini bukan jawapannya!.Kita perlu memikirkan boikot secara global…jangan berfikiran sempit!perlu ada plan propaganda global.Pada suatu masa dulu negara eropah boikot kayu tropika dari negara-negara hutan tropika!.Negara-negara tropika terpaksa akur dengan tindakkan boikot negar-negara eropah itu.Nak jual kayu balak tak jadi..cuma kita ekspot kayu getah!.Di Malaysia kita ada juga hero-hero dalam ILO (Pertubuhan Pekerja Antara Bangsa) Hero-hero wakil malaysia yang selama ini asyik lantang komplen kerajaan kita ini tak adil dengan pekerja di negara ini.Tibalah masa untuk mereka-mereka ini memanggil satu mesyuarat khas untuk memboikot barangan yahudi dengan penekanan perlu diberikan oleh semua pertubuhan pekerja negara-negara Islam dan yang perihatin dengan peristiwa di palestin!.Apabila pekerja pintu masuk barangan (Pelabuhan dan Lapangan Terbang)yahudi ini disetiap negara Islam diboikotkan oleh pekerja ini sudah tentu effectnya lebih terasa oleh negara yahudi ini.Perlunya rakyat negara ini mengambil peranan efektif dan aktif dalam pertubuhan- pertubuhan antarabangsa.
Kadang kala sedih telatah orang Malaysia yang berperihatin seperti penontan kemalangan Jalanraya yang bukannya niat berhenti kenderaan untuk menolong mangsa kemalangan itu tapi menjadi penonton yang jamkan lagi jalan raya; atau seperti kaki ekor membawa kertas dan pen untuk mencatat no.kenderaan untuk menikam no.ekor!!!!

10:13 PM


Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.




BAITULMAQDIS:

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mendakwa keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk bersikap berkecuali semasa pengundian Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis lalu dibuat setelah beliau ‘bercakap’ dengan Presiden George W. Bush.

Menurut Olmert, AS pada mulanya akan mengundi menyokong resolusi itu. Berikut adalah kenyataan Olmert seperti dipetik dalam laporan berita AFP hari ini.

- Olmert minta petugas menelefon Bush, namun mereka menyatakan Bush sedang berucap di Philadelphia.

- Olmert tegaskan bahawa beliau tetap mahu bercakap juga dengan Bush. Presiden AS itu kemudian turun dari podium dan bercakap dengannya.

AS pada mulanya akan mengundi resolusi untuk gencatan senjata di Genting Gaza tetapi tiba-tiba berubah selepas Bush bercakap dengan Perdana Menteri Israel.






The Fung Wan





ahahah skrang nih aku nak g tau kat korang semua bahawa cita/movie fung wan online telah kuar..
memang di katakan best gak..
dengan adanya wind & could menyebabkan cita nih jadi makin best.. tambah2 lagi awek dlm cita tuh fuhhsssss.. memang cun melecun la..
apa2 hal pom korang saksi lus cita tuh..
nih aku ada selitkan gmbar TheStormWarriors/Fung Wan

8:20 AM

This is wut everyone's waiting for. Old beta is coming soon. Prolly next week. So i better get prepare.There's alot of things need to be done expecially to list out players who work hard during the close beta version. Players who managed to get rare items will be returned. Who come to me with a legit screenshots will be granted. The best part in old beta is, all my system will be in order. No more i have to wait for newbies and explain to them one by one and most important...no more FUCKING DISCONNECTED problem!!!!!

Im gonna make a proposal for 1 year running for secret online expecially planning for ingame events. Im pretty sure my players will love it. All the events and plans i got for FWO dat havent been able to fullfilled will be unleashed here. Oh yea i've been given an assistant. Thank god i struggled with FWO last time alone. Now i got junior and the management said to give a good example to them and god knows wut is 'good xample' means from my preception lol.

Anyway...buckle up boys n girls coz alpha test is gonna say bye bye


copy from Lucifer

6:35 AM









game ini memang pawor gile la..
kalau korang nak main memang aku shor kan tapi ingat gamen ih bukan mcm counter strike
ehhehe
ia lebih menabar...
apa2 hal pom masuk luh join luh baru tau apa game nih

2:52 AM


Masa aku buka google pagi ni selepas waktu sahur aku tgk sesuatu kat main page Google tu, Google Chrome (Beta). Haha, akupun tertanya-tanya apa benda ni. Untuk pengetahuan, Google Chrome ni sejenis browser sumber terbuka yang dikeluarkan oleh Google dan masih lagi dalam versi beta.

Masa meng’install’. Installer Google Chrome mengimport semua maklumat dari mozilla aku so, masa aku buka je Google Chrome, sume bookmark, history, cookie sume dah ade macam dalam firefox aku =p. (Nak amik ati aku ke ape)

Interface dia memang sangat simple, dan aku rasa kawasan untuk browser ni pun agak luas. Dari segi kelajuan, aku tengok macam takde beza pun dengan Mozilla Firefox. Tapi agak selesa la guna Google Chrome ni, sejuk mata memandang sebab interface dia yang clean dan tak banyak button.

Mozilla sekarang ni mesti dah risau kalau-kalau Google Chrome akan menguasai dunia browser yang didominasi oleh Firefox sekarang ni. Selamat berjaya la ye Google! haha

Kepada sesiapa yang nak try Google Chrome boleh download dari


http://www.google.com/chrome

Adakah anda merasakan bahawa terdapat virus di dalam Sistem anda? Namun tidak pasti sama ada AV anda bekerja? Jadi,ini adalah satu ujian mudah. Pertama, reka satu file text dan pastekan code di bawah ini di dalamnya (Percayalah,ianya tidak merbahaya):


X5O!P%@AP[4\PZX54(P^)7CC)7}$EICAR-STANDARD-ANTIVIRUS-
TEST-FILE!$H+H*


Kemudian,savekan file text tersebut sebagai .COM files. (pelbagai nama boleh diterima,contoh AntiVirusTest.COM. Sama ada scan file tersebut secara manual ataupun AV yg power telah dpt mengesannya terlebih dahulu. Ujian ini adalah cara terbaik untuk menguji sama ada AV anda berfungsi atau tidak. Ianya telah direka oleh Industri AV dan standarlized test dan ia sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah terhadap stabiliti AV anda.

Point keseluruhan terhadap ujian ini adalah untuk menguji sama ada AV anda telah dijangkiti. Jika AV anda tidak dapat mengesannya, berkemungkinan besar bahawa ade virus yg telah ‘main kotor’ dengan AV anda.

Dan ini juga tidak bermakna bahawa Sistem anda bebas dr virus. AV anda hanya melakukan yg termampu untuk anda. Ujian yg sebenar²nya untuk menguji sebagus mana AV anda ialah dengan fungsinya yg ganjil. Adakah komputer anda sedang dlm kebakaran? Misil baru sahaja dilancarkan dr komputer anda? Robot cuba menghancurkan pintu anda? Jika ya,virus mungkin telah menyerang. Namun jika tidak, AV anda telah berfungsi dengan baik!