2:52 AM
Masa aku buka google pagi ni selepas waktu sahur aku tgk sesuatu kat main page Google tu, Google Chrome (Beta). Haha, akupun tertanya-tanya apa benda ni. Untuk pengetahuan, Google Chrome ni sejenis browser sumber terbuka yang dikeluarkan oleh Google dan masih lagi dalam versi beta.
Masa meng’install’. Installer Google Chrome mengimport semua maklumat dari mozilla aku so, masa aku buka je Google Chrome, sume bookmark, history, cookie sume dah ade macam dalam firefox aku =p. (Nak amik ati aku ke ape)
Interface dia memang sangat simple, dan aku rasa kawasan untuk browser ni pun agak luas. Dari segi kelajuan, aku tengok macam takde beza pun dengan Mozilla Firefox. Tapi agak selesa la guna Google Chrome ni, sejuk mata memandang sebab interface dia yang clean dan tak banyak button.Mozilla sekarang ni mesti dah risau kalau-kalau Google Chrome akan menguasai dunia browser yang didominasi oleh Firefox sekarang ni. Selamat berjaya la ye Google! haha
Kepada sesiapa yang nak try Google Chrome boleh download darihttp://www.google.com/chrome


0 Responses to "Google Chrome"
Post a Comment